
Penulisan blog saya baru sahaja bermula beberapa kerat,dan saya tidak seharusnya merencatkan kereaktifan blog saya sendiri.Saya masih belum betul-betul menjadi seorang blogger.Maka saya tidak seharusnya jadi orang yang gagal.
Ketika saya menghadiri satu ceramah yang dikendalikan oleh ustaz Hasrizal,dia memberikan tip untuk menjadi orang berjaya.Dia mengatakan,berjayanya seseorang boleh dikategorikan dari 4faktor iaitu Pertama:ILMU PENGETAHUAN,Kedua: MAKLUMAT,Ketiga: “SKILL” dan Keempat:SIKAP.Ustaz Hasizal menghurai adakah orang disekeliling akan menyayangi seseorang itu disebabkan ilmu pengetahuan yang banyak?Apabila ditanya perihal buku-buku fikrah ataupun ideologi tokoh terkemuka,orang tersebut mengetahuinya. Sama juga, dengan orang yang mempunyai maklumat.Kalau ditanya bagaimana keadaan politik di Thailand atau perihal info yang berlakunya terhadap negara-negara di seluruh dunia,seseorang itu dapat menjawabnya.Ataupun orang mempunyai skill yang pelbagai,di mana apabila disuruh baiki paip boleh,disuruh membuat kek boleh dan pelbagai kemahiran yang dikuasai seseorang itu. Akan lahirkah rasa sayang terhadap orang itu disebabkan ‘ilmu pengetahuan’ atau ‘maklumat’ mahupun ‘skill’tadi?Berbalik kepada faktor keempat iaitu SIKAP,di mana sekiranya seseorang itu mempunyai sikap untuk berkongsi ataupun ‘sharing’,maka jika dia mempunyai ilmu pengetahuan atau maklumat mahupun skill,sudah semestinya dia akan berkongsi dengan orang disekelilingnya.Orang sebeginilah orang yang berjaya yang mampu membuatkan orang disekeliling sayang padanya.
Ia menyedarkan saya seharusnya saya perlu istiqomah dalam menulis agar saya dapat belajar berkongsi terhadap apa yang saya ada dan apa yang saya mampu.Saya mau untuk merubah ‘pemikiran lama’ saya itu dan membuang rasa ‘inferior’ yang ada dalam diri bagi membolehkan saya belajar ‘memberi tanpa syarat’ yang selalu disebut-sebut ustaz Hasrizal.InsyaAllah.
alia tunggu untuk menjadi sahabat yang sedia dan setia menerima "pemberian" posh..alia yakin posh mampu untuk "memberi"..
ReplyDeleteMantap posh.. Keep it up! Kami menyokong anda..
ReplyDeletetulih la gafo2 pun..
ReplyDeleteterima kasih....
ReplyDelete