Bagaikan mahu menangis,kerana rindu sudah mula menggila melanda diri saya...
Apatah lagi apabila senior saya mengajak saya pergi walimah kak gayah,senior matrik saya y akan berkahwin pada 30/05 ini.....
Saya mati kata utk menerima pelawaannya utk turun ke Kedah...
Bukan diri ini tidak mahu berjumpa dengan adik-adik baru di Kolej Matrikulasi Kedah(KMK),berjumpa dengan murabbi dan juga berjumpa dengan sahabat-sahabat UNIMAP.... Akan tetapi,tugas saya di Kelantan,masih banyak belum diselesaikan...
Ditambah pulak,di zaman kemelesetan ekonomi ni,bajet utk ke sana sini tidak ada pada musim cuti sem sebegini...
Saya amat rindukan saat itu....
Di saat saya merantau dengan sahabat saya iaitu Atikah,Aisyah dan juga Kak Yaya.....
Bersama-sama merasa perit jerih,susah senang....
Mentarbiyyah adik-adik KMK...
Menyambung risalah nabawiyyah tanpa sebarang bantuan pada asalnya...
Meminta-minta pertolongan orang di sekeliling agar membantu...
Agar dakwah islam itu sampai di bumi KMK...
Betapa susahnya ya Allah...
Untuk menggapai keredhaanMu...
Kini,kami tidak susah seperti dulu...
Sudah ramai y sudi bersama-sama kami..
Meneruskan tarbiyah di KMK....
Namun,..
Saya makin jauh...
Kerana terlalai dengan "zon selesa" itu...
Diri ini hanya membiarkan sahaja sahabat-sahabatku...
Bertungkus-lumus dalam memastikan adik-adik mendapat pentarbiyahan y sepatutnya...
Astaghfirullah...Ampunkan diri ini ya Rahman...ya Rahim...
Sudah tercatat setiap insan y ingin bergelar da'ie akan diuji...
Firman Allah,surah Al-Baqarah,155:
"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan...."
Saya diuji dengan "kelapangan" y saya ada...Mungkin inilah dia masalah "jiwa" y lemah...
Lemah dengan kesenangan y sedikit sahaja,Allah baru limpahkan itu..
Saya sudah lupa diri...
Benarlah kata naqib saya pada suatu ketika dulu,
'manusia pada ghalibnya mudah untuk bersabar dengan ujian kepayahan,tapi manusia susah untuk bersabar dengan ujian kesenangan'...
Suatu muhasabah buat diri yang seringkali alpa ini..
Ya Allah,tetapkanlah hati ini di jalanMu...
Assalamualaikum.
ReplyDeleteposhe..sedihnya kalam terakhir mu itu. Adakah org pun berada di zon yang sama? k.yaya, k.shah n 3 lagi shbt bersama wolverine ke kmk esok..
aduh ni nak nangis nie.
Semoga Allah tetapkan niat, teguhkan hati, lapangkan dada..
~Sahabat ke Syurga~ moga kita jumpa di sana.
salam.
salam pash
ReplyDeletetak terasa air mata ni kuar..
sm2 muhasabah k..
.SAHABAT KE SYURGA.
terima kasih sahabat...
ReplyDeletetegurlah diri ini y senantiasa alpa