Sunday, May 31, 2009

SIRI 1: Duhai Muslimat,Ayuh Bangkitlah!

Sudah lama benar,saya merasakan diri ini tidak "di topup".Bahagia rasanya,santapan minda & rohani diisi seusai sahaja saya menghadiri usrah muslimat pada bulan lepas.Ia mengingatkan saya,betapa pentingnya seseorang yang mahu mentarbiyyah perlu sanggup untuk ditarbiyyah.Betapa bezanya tarbiyah dengan ta'lim (mengajar),dimana tarbiyah mempunyai 2unsur penting iaitu unsur "tanggungjawab" dan"dipertanggungjawabkan". Sebaliknya ta'lim hanyalah mengajar semata-mata dimana seseorang yang mengajar akan berusaha untuk menghabiskan apa yang diajarnya sahaja tanpa menitikberatkan soal kefahaman,kesedaran dan sebagainya.Golongan ini hanya bertanggungjawab terhadap apa yang diajarnya bukan golongan yang diajar.Mungkin inilah punca utama pelajar hari ini berpelajaran tapi tidak berpendidikan yang disebut oleh ustaz hasrizal dalam blognya.

Usrah yang baik,bukanlah beerti hanya naqibah sahaja yang bercakap memberi pengisian.Wujudnya interaksi 2hala dalam suatu usrah merupakan suatu "indicator" usrah yang berkesan.Pada hari itu,kami membincangkan tajuk Kebangkitan Ummat Islam: Suatu Gagasan yang berpandukan buku karangan Tuan Guru Hj Hadi Awang,Islam:Fikrah,Harakah & Daulah.Seperti biasa,tidak dapat saya elakkan,apabila bertemu dengan semua muslimat,maka saya akan "bising-bising".Maklumlah,tiada kehadiran muslimin,inilah masanya untuk muslimat "bermanja-manja" dalam erti lain bertanya khabar antara satu sama lain.Rindu rasanya,untuk bertemu semula dengan semua muslimat bermulalah dari adik-adik junior hinggalah kakak-kakak senior.Mungkin inilah yang disebut 'ukhuwah luar biasa',bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah.

Usrah dikemudikan oleh adik junior saya,sebagai mc untuk
usrah hari itu.Dengat gelagatnya suka 'usha-usha',saya yang dijadikan mangsa untuk memulakan cetusan pendapat dari tajuk usrah.Saya memulakan isu yang dibawa oleh tuan guru dimana melihat erti sebenar sambutan Ma'al Hijrah.Peristiwa yang telah melahirkan golongan Muhajirin dan Ansar yang telah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang besar dimana telah menghadapi seluruh kezaliman dan seluruh taghut dan juga telah berjaya menumbangkan dan menggulingkan kekuasaan taghut di zaman itu.

Kata-kata saya disambut oleh sahabat-sahabat saya dengan menghuraikan perjalanan dakwah Rasulullah di Mekah sebelum hijrahnya Nabi kita ke Ma
dinah.Betapa Allah mentarbiyyah Nabi Muhammad dan para sahabat dengan pelbagai ujian dan cabaran.Dilontarkan persoalan agar diri kita berfikir,Mengapa Rasulullah tidak menyampaikan Islam dengan menggunakan tawaran harta yang diberikan kepadanya?Bukankah lebih baik jikalau Nabi kita menerima jawatan dahulu untuk menjadi ketua di Makkah?Mengapa Rasulullah menolak semua itu?Ia dihurai panjang oleh sahabat-sahabat saya.

Tidak kurang juga dengan adik-adik junior saya,mereka mengembangkan tajuk usrah dengan realiti kehidupan masa kini.Menerangkan betapa merebaknya ghazwatul fikr terhadap ummat Islam dan ianya berpunca apabila Islam tidak diletakkan ditempat yang tertinggi.Jika kita melihat negara Malaysia pada hari ini,negara kita mema
ng dislogankan sudah Merdeka.Namun,apa ertinya kemerdekaan,jika ia tidak diisi dengan Islam.Orang British(penjajah) tidak memberikan kemerdekaan kepada orang yang mahukan Islam.Sedangkan,jika kita lihat pada sejarah,Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong di Terengganu,kemudian diakhiri dengan Ustaz Abu Bakar al-Baqir di Perak dimana yang terlebih dahulu berjuang untuk menegakkan kemerdekaan di atas nama Islam di negara kita.Akan tetapi,kepada siapakah penjajah memberikan kemerdekaan dan mengapa?Itulah dia sejarah yang patut kita lihat dari kaca mata sebenar dan bukti utama bermulanya serangan pemikiran terhadap ummat Islam di negara kita sendiri.

Disebabkan pelbagai lontaran idea,maka tercetuslah bagaimana pula dengan kita?Sejauh manakah kebangkitan muslimat gerakan?Apa sumbangan muslimat pada hari ini?Apa yang telah kita lakukan agar suara Islam bergema dan meruntuhkan kebangkitan jahiliah yang ada di tanah air kita?Maka berdendanglah diskusi yang a
mat hangat dan segar untuk diterapkan di dalam pemikiran muslimat.

Seperti biasa,saya mengolahkannya dalam bentuk provokasi dengan memulakan peranan Dewan Muslimat Pas.Kalau dilihat sejarah penubuhannya,ia dicanangkan seiring dengan penubuhan Dewan Ulama',Dewan Pemuda dan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama Di Kepala Batas Seberang Prai pada 3 Januari 1953.Sudah lama bukan?Bahawa gerakan muslimat islam itu penting dan ia perlu digagaskan di tanah air kita.Hebatnya pemikiran di dalam Pas,kesedaran peri pentingnya keberadaan muslimat di dal
am gerakan sudah lama disedari.Namun,sejauh manakah Dewan Muslimat PAS mengatur langkah?Kita sering nampak Dewan Ulama' dan Dewan Pemuda lantang mengeluarkan prinsip terhadap sesuatu isu dan pencaturan tindakan yang perlu.Dan persoalan saya,dimanakah pula Dewan Muslimat?Sejauh mana kita menyedari dan merasai kewujudannya?.Hangat,memang hangat.Macam nak terbakar tempat itu,di samping suara Umar,anak kakak naqibah saya menjadi soundtrack pada majlis pengisian itu.
Gambar Umar..comel dop?

Cetusan saya disanggah oleh sahabat saya yang seringkali digelar "muslimat pakar isu semasa" atau "expertise current issue".Dia berkata,walaupun muslimat kita tidak nampak penonjolannya namun kehebatan muslimat PAS memang dipuji sendiri oleh wanita Umno.Kecekapan dan kekemasan dalam membuat gerak kerja,hal itu tidak boleh dinafikan oleh Shahrizat sendiri dalam suatu kenyataannya.Muslimat Pas memang hebat,kerana ada persidangannya tersendiri malah ada ucaptama Ketua Muslimat yang patut semua muslimat gerakan hadam setiap kali muktamar.Tidak kurang juga,pembabitan muslimat Pas dalam memberi sumbangan kepada masyarakat memang merupakan agenda utama seiring dengan objektif penubuhannya iaitu:
""Untuk menyatukan tenaga Muslimat-Muslimat dalam negara ini bagi meluaskan pengaruh PAS di kalangan wanita-wanita Islam melalui kegiatan-kegiatan Muslimat sambil membentuk keperibadian mereka supaya menjadi Muslimat yang bertanggungjawab kepada agama dan negara serta meyakinkan mereka kepada cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS."

Mungkin muslimat Pas kurang dari segi "public figure",dan itulah sebabnya mengapa kehadirannya kurang terasa.

Ia tidak dikembangkan setakat itu sahaja,malah dihuraikan mengikut kondisi gerakan muslimat muda sekarang.Muslimat seringkali dilabelkan "tukang tunduk" di dalam meeting lantaran kuat sangat 'angguk,anguk,geleng,geleng' apabila diminta memberi pandangan isu di dalam mesyuarat.Muslimat selalunya diletakkan bahagian untuk membuat kerja,bukan sebagai pencatur strategi atau 'think-tanker' dalam sesuatu organisasi.Itupun dalam skop kerja "memasak" untuk sesuatu program selalunya.Bukanlah hendak memandang enteng terhadap kebolehan dan sumbangan muslimat yang pernah diberikan kepada gerakan.Malah,dari segi jumlah kuantiti a'milin muslimat yang berjaya dilahirkan di setiap campus boleh dikatakan selalunya melebihi jumlah muslimin.Akan tetapi,kita perlu analisis kembali kedudukan & kualiti sebenar diri kita agar kita jelas tindakan yang perlu kita buat.Jelaskan minda,"begin with the end in mind" harus dipacakkan dalam setiap langkah muslimat selepas ini.

Sebagai penutup,akhirnya kakak naqibah saya,kak mun, memberi sedikit ulasan bahawa muslimat muda harus mempersiapkan diri dengan 'ilmu pengetahuan' dan 'skill'.Dan harus juga mengukuhkan 'self-confident' dalam setiap percakapan dan tindakan.Tak kisahlah,kalau muslimat harus 'mengoreng-goreng' sampai hangit di peringkat permulaan dalam bercakap.Tetapi,keberanian dalam diri perlu diterapkan.Muslimat juga perlu ingat,agar menjaga batasan identiti diri sebagai muslimah dalam meningkatkan keupayaan diri.Janganlah pula "lantangnya tidak berisi,langkahnya tidak punya hati,lakunya tidak praktikaliti,strategi dan khittahnya tidak ke mana-mana".Tambah naqibah saya lagi,kehebatan srikandi islam diketahui apabila kita menyelidikinya, dan kita perlu jelas haluan muslimat islam dalam gerakan untuk apa dan sampai ke mana.

Itulah permulaan bicara dan cetusan dari usrah yang saya hadiri.Banyak persoalan-persoalan ditinggalkan untuk muslimat berfikir tentang statusnya seiring dalam menajamkan 'thaqafah' Fikrah Islam.
Ia hanyalah sebuah permulaan....Duhai Muslimat,Ayuh Bangkitlah!

Thursday, May 28, 2009

Rindu y Menggamit Rasa

Sudah lama saya tidak turun merantau ke negeri Kedah......
Bagaikan mahu menangis,kerana rindu sudah mula menggila melanda diri saya...

Apatah lagi apabila senior saya mengajak saya pergi walimah kak gayah,senior matrik saya y akan berkahwin pada 30/05 ini.....
Saya mati kata utk menerima pelawaannya utk turun ke Kedah...

Bukan diri ini tidak mahu berjumpa dengan adik-adik baru di Kolej Matrikulasi Kedah(KMK),berjumpa dengan murabbi dan juga berjumpa dengan sahabat-sahabat UNIMAP.... Akan tetapi,
tugas saya di Kelantan,masih banyak belum diselesaikan...
Ditambah pulak,di zaman kemelesetan ekonomi ni,bajet utk ke sana sini tidak ada pada musim cuti sem sebegini...
Saya amat rindukan saat itu....

Di saat saya merantau dengan sahabat saya iaitu At
ikah,Aisyah dan juga Kak Yaya.....

Kenangan kami
Bersama-sama merasa perit jerih,susah senang....
Mentarbiyyah adik-adik KMK...
Menyambung risalah nabawiyyah tanpa sebarang bantuan pada asalnya...
Meminta-minta pertolongan orang di sekeliling agar membantu...
Agar dakwah islam itu sampai di bumi KMK...
Betapa susahnya ya Allah...
Untuk menggapai keredhaanMu...
Kini,kami tidak susah seperti dulu...
Sudah ramai y sudi bersama-sama kami..
Meneruskan tarbiyah di KMK....
Namun,..
Saya makin jauh...
Kerana terlalai dengan "zon selesa" itu...
Diri ini hanya membiarkan sahaja sahabat-sahabatku...
Bertungkus-lumus dalam memastikan adik-adik mendapat pentarbiyahan y sepatutnya...
Astaghfirullah...Ampunkan diri ini ya Rahman...ya Rahim...
Sudah tercatat setiap insan y ingin bergelar da'ie akan diuji...
Firman Allah,surah Al-Baqarah,155:

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan...."

Saya diuji dengan "kelapangan" y saya ada...Mungkin inilah dia masalah "jiwa" y lemah...
Lemah dengan kesenangan y sedikit sahaja,Allah baru limpahkan itu..
Saya sudah lupa diri...
Benarlah kata naqib saya pada suatu ketika dulu,
'manusia pada ghalibnya mudah untuk bersabar dengan ujian kepayahan,tapi manusia susah untuk bersabar dengan ujian kesenangan'...
Suatu muhasabah buat diri yang seringkali alpa ini..
Ya Allah,tetapkanlah hati ini di jalanMu...

Sebuah Coretan

Assalamualaikum buat pengunjung yang sudi menjamu mata ke blog yang serba dhaif ini…
Syukur Alhamdulillah,dengan izin-Nya,dapat jua saya mencoret setelah sekian lama saya menyimpan niat didalam hati untuk membuat blo
g…
Entah macamne harus saya mulakan….
Untuk memulakan langkah sahaja,
saya sudah mula penim….
Terpinga-pinga hendak meletakkan nama alamat blog saya…
Habis buku saya belek,mencari ilham untuk meletakkan nama…
Puas sudah,saya berjalan ke hilir ke mari,mencari ‘m
ood’ untuk membuat blog…
Memang semua tidak kene saya rasa…..kejap saya buka buk
u nie,…
Pastu dah mula rasa nk tidur…Tapi dicekalkan hati…
.
Kemudian,saya menjelajah ke semua items yang diperluk
an untuk melengkapkan sebuah blog…
Penat rasanya wlupun pada masa y sama,rasa malas amat men
cengkam diri..
Tapi perjuangan harus diteruskan,kalamun shidqun
harus SABAR,SABAR,SABAR…

Namun,apabila saya membuka buku Jalan Ke Syurga,karangan Abdul Qadir Ahmad ‘Atha,hati saya berkenan dengan 1nama iaitu “Maq’ad Shidq”
Ia merupakan salah satu nama-nama syurga,sebagaimana firman Allah dalam suratul Qamar,54-55:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di maq’adi Shidq (tempat yang disenangi) di sisi Tuhan yang Berkuasa.”

Allah menamakan syurgaNya dengan nama maq’ad shidq kerana penghuninya mendapatkan setiap tempat yang diinginkannya.Makna ini sama dengan perkataan “mawaddah shadiqah” yang bererti “cinta kasih yang kekal lagi sempurna”.Darinya juga dikenal kata kalamun shidqun kerana tercapainya segala yang diiginkan.

Kerana itu,saya meletakkan nama alamat blog saya sebagai http://mawaddahshadiqah.blogspot.com yang akan saya coretkan dengan diari kehidupan saya dan perkongsian lontaran pendapat.
Moga,teratak ini dapat mengajar saya untuk belajar memberi seadaanya kepada orang lain yang disekeliling saya....ameen ya Allah...
Akhir kata,saya dahulukan serangkap pantun sebagai pendahuluan untuk mengambarkan ungkapan ‘rasa hati’ saya kepada pembaca sekalian….

Pabila hati sudah mula berbicara,
Jadilah mawaddahshadiqah.blogspot menjadi perantaranya,

Kalamun Shidqun ingin terbang tinggi ke udara,
Melakar coretan berkongsi dengan saudara seagamanya.


Sekian,wallahualam…