Tuesday, March 20, 2012

..3B : Beauty,Brain & Behaviour..

Apakah kualiti yang harus ada pada seorang muslimah?

Saya menyimpulnya harus ada 3B.

Pertama, 'beauty' iaitu kecantikan.Penampilan semamangnya membentuk 'impression' setiap manusia terutamanya pada pandang pertama.Menjaga imej tidak semestinya harus membawa seorang muslimah itu menjadi tabarruj.Tidak juga menjurus terlalu 'ringan' hingga hampir membuka aurat.Seorang muslimah harus kelihatan cantik dan tersusun.Ambillah sikap wasotiyyah dan fahamilah suasana disekeliling agar penimbangan yang seadilnya dapat dibuat dalam berpakaian.Saya sukakan pemakaian 'trendy' dan 'versatile' dalam masa yang sama saya juga sukakan pemakaian yang sangat menutup,labuh dan 'biasa-biasa'.Harus pandai menentukan dalam keadaan mana pakaian yang kita pakai itu sesuai.

Kedua,'brain' iaitu kecerdikan.Otak muslimah harus diasah dengan pembacaan.Ilmu kunci segala kebodohan yang ada di dunia ini.Masakan pedang yang tumpul mampu memenangi sebuah peperangan.Namun sekiranya pedang itu diasah,maka ketajamannya akan memangkis kepala-kepala musuh dengan begitu mudah.Muslimah harus bina legasi pemikirannya tersendiri kerana kaum wanita banyak mendominasi ruang-ruang kehidupan dalam masyarakat.Cara berfikir dapat dibentuk dengan pengetahuan dan sememangnya ilmu mampu menerangi seseorang untuk membina pandangan hidup yang benar.

Ketiga,'behaviour' iaitu akhlaq.Membentuk akhlaq yang baik memerlukan cara meletakkan sikap yang betul.Sikap yang positif mampu membina energi positif yang kuat malah lagi berkuasa.Dengan itulah,terserlahlah keperibadian seorang muslimah yang mana harus berteraskan hablumminaAllah(hubungan dengan Pencipta).Akhlaq itu juga bersangkutan dengan hal kesufian,disebabkan itu harus menjaga makanan spritual kita dengan tingkatkan kualiti hubungan kita dengan Sang Pencipta.Akhlaq itu berkaitan juga dengan adab yang mana kita akan bermain dengan manusia dan adab itulah yang menjaga hubungan kita dengan manusia(habluminnas).

Sebenarnya, ke 3-3 'B' di atas akan membentuk kecantikan sejati seorang muslimah(the real beauty).Muslimah sejati harus konsisten berprestasi dengan menjaga hal-hal diatas untuk memiliki 3kecerdasan yang mampu menjadikan seseorang itu individu berjaya.Kecerdasan itu adalah cerdas akal,cerdas emosi dan cerdas spiritual.

Mungkin anda mampu memperincikan apakah bentuk 3B yang anda mahukan pada diri anda sendiri.Saya sudah menukilkannya.Anda pula bagaimana?